Anak nelayan, tukang sapu catat rekod negara peroleh 20A dalam SPM

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A (19A1 dan 1A2). Gambar dari laman HarakahDaily.net

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A (19A1 dan 1A2). Gambar dari laman HarakahDaily.net

Anak seorang nelayan dan tukang sapu di Kelantan mencatat rekod apabila mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar dari Sekolah Mahaad Kebangsaan Muhammadi Perempuan yang juga anak kepada Nik Mohd Kamal Husin, 41, seorang nelayan dan Mariani Omar, 42, bekerja mengambil upah sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan, menggemparkan negeri setelah dia mencatatkan keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Keputusan berkenaan sekali gus membuktikan kemiskinan hidup dan halangan ketika belajar tidak boleh dijadikan alasan untuk berjaya malah ia menjadi pendorong kepada Nik Nur Madihah berjaya dan menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah hampir berputus asa untuk belajar kerana terdapat pelbagai halangan termasuk kesukaran mendapatkan buku mengulang kaji serta dihasut perasaan sangsi.

Sinar Harian Edisi Kelantan

1 Responses to Anak nelayan, tukang sapu catat rekod negara peroleh 20A dalam SPM

  1. nuriman berkata:

    tumpang gembira orang senegeri dapat keputusan cemerlang..menang mantop..Kelantan tetap mantop,…

    hazrul7 jawap:
    Saya pun tumpang gembira dengan kejayaan Nik Nur Mardihah dalam peperiksaan SPM 2008. Memang dia mantop. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.

Tinggalkan komen