KDN gantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

Menterinya, Dato’ Seri Syed Hamid Albar mengesahkan perkara tersebut kepada mStar Online hari ini.

“Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini. Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan,” katanya.

Jelas Syed Hamid, mereka (Harakah dan Suara Keadilan) telah pun diberikan amaran sebelum ini namun mereka masih gagal mengikut spesifikasi berita yang sepatutnya.

“Ada berita yang mempertikaikan kedudukan Raja-Raja, dan isu-isu disiarkan juga berupa laporan yang tidak tepat dari segi maklumat dan sumbernya,” ujarnya. mStar Online

One Response to KDN gantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan

  1. shafifah berkata:

    Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    – Sabda YTM Undang Luak Rembau
    – Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    – Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    – Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    – Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    – Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    – Majlis Perlancaran Kitab
    – Penyampaian Cenderahati
    – Sholat Isyak
    – Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMA

    http://pondokhabib.wordpress.com

    hazrul7 jawap:
    Kepada semua penduduk Rembau dan di sekitarnya bolehlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau itu nanti.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: