Fenomena Facebook

Tahun 2008 Facebook mengaut keuntungan USD300 juta. Tetapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza. Benarkah?

Fenomena Facebook begitu gempar di Malaysia dan Indonesia, sehinggakan ada Facebook dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Kita tentu hairan bukan main kerana setiap hari semakin ramai yang mendaftar di Facebook.

Tidak hairanlah pada tahun 2008 Facebook mengaut keuntungan USD300 juta kerana lebih dari 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan 8.5 juta foto dimuat setiap hari.

Facebook memberikan banyak kemudahan bagi kita, dari mulai menjalin hubungan sampai mencari wang dari Facebook, dapat juga membaca artikel ini dan artikel ini. Tetapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza!

Awalnya ramai tidak sengaja membuat kajian tentang Facebook. Dari awal lagi umat Islam mengutuk serangan Israel di Gaza. Untuk membantu warga Gaza, umat Islam hanya dapat berdoa dan berniat untuk memboikot produk-produk Israel.

Banyak artikel yang ditulis beberapa waktu lalu tentang pemboikotan produk-produk Amerika, ada komentar yang mengatakan bahawa Facebook dan wordpress adalah milik Amerika dan menyarankan untuk tidak memakainya lagi. Dari sini Sabili mula melakukan research tentang facebook dan wordpress.

Fakta-fakta :

1. Facebook adalah milik Mark Zuckerberg, jika kita membaca artikel Mark Zuckerberg dalam bahasa Indonesia/Melayu tidak diketahui secara lengkap siapakah dia. Kalau kita membaca artikel tentang Mark Zuckerberg dalam bahasa Inggeris terdapat lengkap data diri si pembuat facebook ini.

2. Siapakah sebenarnya si pendiri sekaligus CEO Facebook ini? Dia adalah mahasiswa Universiti Harvard dan aktif sebagai anggota Alpha Epsilon Pi.

3. Alpha Epsilon Pi (AEP) adalah seperti perkumpulan mahasiswa Yahudi di Amerika Utara, yang mempunyai misi sebagai berikut:

  • AEP ialah perkumpulan Yahudi di Amerika Utara yang diasaskan bertujuan membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
  • AEP juga bertujuan mengekalkan ideal Yahudi supaya terjaga di segi nilai, etika dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin Yahudi pada masa hadapan.
  • Itulah misi AEP yang ditubuhkan sebagai tempat pengkaderan dan tempat mencari pemimpin baru bagi kaumnya, iaitu Yahudi.
  • Fakta keempat sampai artikel ini ditulis serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih dari 1300 orang Palestin.
  • Facebook mendapatkan keuntungan dari iklan yang dipasang, semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook semakin banyak pula keuntungannya. –sabili
  • Sumber : akhbar Siasah, bil 0133, 25 Januari – 31 Januari 2009, muka surat 26.

    One Response to Fenomena Facebook

    1. […] Fenomena Facebook Share and […]

      hazrul7 jawap:
      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Tak sangka blog ini dikunjungi oleh orang di negara seberang, Indonesia!🙂 Link tajuk Fenomena Facebook ini juga diletakkan di laman web http://indoarsip.co.cc/ ia seperti satu penghormatan kepada diri saya. Bukan pujian dan nama yang saya mahukan. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya ketahui di sini. Yang baik jadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sempadan. Semua yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam.

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: