Pilihan raya kecil kelima tahun ini di DUN Penanti

DUN Penanti

Kerusi DUN N12 Penanti kosong selepas Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan ADUN berkuatkuasa 16 April 2009.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu, yang diumumkan lapan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil (PRK).

Berikutan perletakan jawatannya itu, PRK perlu diadakan bagi kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari. Apa yang menarik ialah, ini merupakan PRK kelima dalam tahun ini sahaja dan PRK keenam secara keseluruhannya sejak PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. PRK tersebut ialah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Setakat ini, Pakatan Rakyat (PR) telah menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan keputusan 3-0 untuk mengatasi BN. Manakala bagi PRK kerusi DUN pula keputusannya seri 1-1 di anntara PR dan BN.

Kerusi DUN Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Siapakah yang akan dipilih oleh PKR sebagai calon bagi kerusi DUN Penanti?. Adakah PKR dan PR dapat meneruskan rentak kemenangan mereka dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi?. Adakah gelombang sokongan rakyat akan terus bersama-sama PR?. Tunggu pengumuman tarikh PRK yang akan dibuat oleh SPR terlebih dahulu.

One Response to Pilihan raya kecil kelima tahun ini di DUN Penanti

  1. […] Penanti: Pakatan gemarkan Pilihanraya? Jump to Comments Saya sesungguhnya merasa hairan dengan lagat dan aksi Pakatan, terutama sekali Parti Keadilan kerana pada pandangan saya tidak begitu adil dalam memperjuangkan nasib rakyat. Sejak PRU12, Pilihanraya Kecil Penanti merupakan pilihanraya kecil kedua untuk rakyat Pulau Pinang sahaja. Dahulu, isterinya meletakkan jawatan MP untuk memberi laluan dan peluang untuk DS Anwar untuk bertanding. Kini, sejumlah rakyat Pulau Pinang dijangkakan perlu keluar mengundi kerana bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletakkan jawatan dan DUNnya sekali untuk menumpukan pe…. […]

    hazrul7 jawap:
    Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Saya hormati pandangan dan pendapat anda. PRK sesuatu tempat boleh diadakan apabila penyandangnya meninggal dunia atau meletak jawatan. Soal PRK dipolitikkan oleh PKR atau PR tidak menjadi isu. Apabila SPR telah menerima surat perletakan jawatan ADUN daripada Speaker DUN, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari. Isu PRK tidak akan diadakan adalah tidak munasabah. Jika BN tidak ingin meletakkan calon bertanding di DUN Penanti, ianya akan lebih memalukan parti itu sendiri. Lebih baik malu kerana kalah bertanding daripada malu kerana takut bertanding!. Isu kerajaan patut beri tumpuan membantu rakyat dari segi ekonomi dan semua bidang memang tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Soalnya sudah hampir 52 tahun BN menguasai kerajaan Persekutuan, tetapi taraf hidup rakyat tidak meningkat daripada segi pendapatan tahunan keluarga sedangkan harga barangan semakin meningkat daripada setahun ke setahun?. Di manakah silapnya?. Adakah kerana kekayaan negara tidak diagihkan kepada semua rakyat yang berhak mendapatkannya?. Anda sendiri tahu jawapannya, open secret yang bukan lagi rahsia bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: