Amir bakal juara Raja Lawak Astro musim ke 3?

Amir peserta Raja Lawak Astro musim ke 3

Sebenarnya, artikel ini aku ingin poskan ke dalam blog selepas rancangan Raja Lawak Astro musim ke 3 tamat pada minggu pertama yang lalu (02.01.2009). Tetapi disebabkan ada beberapa artikel yang perlu aku poskan terlebih dahulu, maka ianya sedikit terlewat untuk disiarkan.

Setelah dua minggu, aku dapatkan rasakan bahawa Mohammad Amirullah bin Azmi atau nama singkatannya Amir, mempunyai ciri-ciri sebagai seorang juara. Pada minggu pertama, di bawah tajuk bebas, Amir berjaya mencuit hati aku dengan lawak hantu shufflenya. Di akhir persembahan, Amir telah memberitahu kepada penonton, jangan biarkan handphone anda diselubungi missed call. Lawak, lawak sungguhlah Amir! Aku tak sangka perkataan itu yang keluar daripada mulut anda. Hahahaha… 😀

Pada minggu lepas pula, para peserta telah diberikan satu tugasan dengan tajuk Azam. Tapi ada beberapa perkara yang aku kurang gemar dengan beberapa lawak yang cuba disampaikan oleh para peserta. Pada pendapat aku, jika anda ingin membuat penonton gelak dengan lawak anda, cuba elakkan daripada menjadi bangsa lain seperti buat lawak melalui penggunaan suara orang berbangsa Cina, India atau Benggali.

Kedua, aku dah bosan apabila peserta lelaki berpakaian wanita. Seperti kumpulan LNJ pada minggu pertama dan Syem pada minggu kedua. Walaupun ada penonton yang gelak dengan persembahan kalian, tetapi rancangan ini ditonton oleh seisi keluarga. Jadi cuba elakkan watak seperti itu pada masa akan datang kerana ia memberi imej negatif kepada kanak-kanak apabila lelaki seperti ingin menjadi seorang wanita lagaknya! 😦

Ketiga, jangan berlaku biadap seperti kumpulan Sepah pada minggu pertama, di mana salah seorang ahli kumpulan tersebut mengetuk kepala rakan yang lain dengan gayung! 😦 Aku bersetuju dengan pendapat salah seorang juri iaitu Fauziah Nawi, bahawa jangan gelar orang lain gila dengan mudah seperti yang dilakukan oleh kumpulan Chot. Ia seperti memperbodohkan doktor yang merawat pesakit gila atau hina sangat ke jadi orang gila seperti yang digambarkan? Apa perasaan keluarga kepada orang gila kerana sudah pasti mereka tidak minta semua itu terjadi kepada ahli yang bernasib malang.

Keempat, jangan gunakan jenaka double meaning sebagai bahan lawak anda seperti kumpulan Sepah minggu lepas. Jika anda ingin jadi pelawak sebenar, anda tidak perlu gunakan kaedah seperti ini untuk buat orang ketawa.

Banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh para peserta yang masih bertahan pada minggu ini. Buatlah lawak secara semula jadi dan jadilah diri anda yang sebenar. Peserta musim ini perlu imbas kembali persembahan Nabil, juara Raja Lawak Astro musim ke 2. Persembahan beliau begitu bersahaja dan selamba. 🙂

Kepada Johan dan Zizan, anda tidak perlu menggunakan kekurangan diri Amir semasa buat lawak semata-mata untuk meraih gelak para penonton. Amir tidak pernah memalukan atau mengaibkan diri anda berdua semasa membuat persembahan kan? Jadi aku memang bersetuju dengan kritikan Fauziah Nawi kepada kedua-dua pengacara tersebut. Tolong kurangkan perkara ini pada episod-episod yang akan datang.

Kepada Amir, teruskan usaha anda pada minggu-minggu seterusnya. Semoga beroleh idea yang bernas dalam isi kandungan lawak pada masa akan datang. Undi saya adalah untuk anda! 🙂

7 Responses to Amir bakal juara Raja Lawak Astro musim ke 3?

  1. gerektua berkata:

    aku tak berpeluang lagi menonton raja lawak musim ke 3 ni…

    hazrul7 jawap:
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan meninggalkan komen. Jika ada kelapangan bolehlah tonton RL3 selepas ini. 🙂

  2. demang berkata:

    bagi aku pulak, amir cetek idea. awal2 mmg aku dah jangka, lepas 2-3 minggu sure orang bosan dengan lawak dia. sama macam man belon, mereka berdua ni hanya ada aset lawak fizikal yang digunakan untuk cuba menggeletek hati penonton. seperti kata adlin, kalau diberi skrip mereka confirm boleh perform tapi kalau disuruh perah idea sendiri, OUT!

    bagi aku, sepah kaya dengan idea dan jihan pandai melawak. LNJ setia dengan lawak ala senario dan chot mampu memberi nafas baru dengan lawak dari perspektif muda mudi sekarang. 🙂

    hazrul7 jawap:
    Aku perasan lawak Amir pada minggu ketiga dan kelima semalam (30.01.2009) tak menjadi. Aku setuju dengan pendapat kau, Sepah dan LNJ semakin mantop persembahan mereka dari seminggu ke seminggu. Aku rasa dua kumpulan ini akan berada dalam pertandingan akhir RL3 bersama seorang lagi peserta yang aku tak pasti siapakah dia. Kita tunggu sama ada ramalan aku ni tepat atau tidak. 🙂

  3. aishah berkata:

    aku tengok RL3 pun biasanya waktu siaran ualangan. aku setuju, amir kebelakangan ini mula merosot. betul juga seperti kritikan shamsul ghau ghau mengenai amir yang berlawak untuk certain target group. maksudnya orang kelantan dan lain2 yang memahaminya sahaja. LNJ, aku suka dengan lawak yang terbaru ni. yang lain-lain aku kurang perhati. tapi, setakat ni aku rasa takde lagi yang boleh lawan Nabil.

    hazrul7 jawap:
    Yup! Jika Amir tak perbaiki isi kandungan lawaknya pada episod-episod seterusnya, ada kemungkinan dia akan diundi keluar. Pada aku, Sepah dan LNJ dah semakin menunjukkan kematangan dalam persembahan lawak mereka. Betul tu, memang belum ada lagi peserta RL3 yang boleh menandingi Nabil. Walaupun dia peserta solo tetapi idea dia pelbagai. Tak perlu nak berganding dengan orang lain bila buat lawak. 🙂

  4. abenakal berkata:

    Wahai raja lawak, Tahu dok korang, bila korang mengundi orang yang tak berkualiti, bermakna korang telah menganiaya orang yang berkualiti. korang dah menyebabkan mereka tersingkir. Yang aku tak faham, kenapalah ramai orang yang undi amir tu. aku rasa satu malaysia pun dah tau yang lawak amir tu bukannya kelakar pun.. ntah ape-ape je.. akibat daripada ketidakprofesionalan para pengundi, raja lawak 3 ni dah jadi tak berkualiti. kalau amir menang RL3 ni pun, takde siapa nak amik dia jadi pelakon ataupun hos.. korang tengok r sendiri, amir ada ke bakat nak jadi hos? dengan cakap pun tergagap-gagap. tu satu hal, pastu dengan sleng kelantan yang pekat giler.. jadi hos bomba boleh r, tak pun hospital, hostel ke.. Korang jangan aniaya amir.. Kalau dia menang, pastu takde tawaran, tak ke kesian.. Macam mana dia nak berdiri sebaris dengan Zizan, Johan & Nabil? kalau nak dibandingkan Amir dengan Nabil, macam langit dengan bumi. Nabil memang terserlah bakatnya sejak persembahannya yang pertama lagi. Tapi Amir… sedih… so, kita pikirlah sama-sama.. I’m sorry… (geli geleman aku dengar ayat ni, rasa nak letop je tv kat umah bila nengok amir..)

    hazrul7 jawap:
    Setakat pemerhatian aku, sudah 5 orang yang gagal meneruskan saingan ke peringkat seterusnya. Adakah Amir lebih baik daripada 5 orang tersebut atau salah seorang daripada mereka lebih baik daripada Amir? Penonton dan pengundi yang menentukan kedudukan mereka dalam carta. Soal menganiaya peserta yang berkualiti tersingkir juga terletak pada undi SMS penonton. Jika saudara bengang orang lain undi Amir, terpulanglah sebab itu hak masing-masing. Jika Amir atau sesiapa sahaja yang jadi juara, tawaran yang datang selepas itu merupakan rezeki masing-masing. Secara peribadi memang aku setuju bahawa lawak Nabil lebih berkualiti daripada Amir. 🙂 Jika betul saudara bengang sekalipun janganlah sampai nak meletupkan televisyen kat rumah tu. 🙂

  5. einz berkata:

    Dengki sungguh abenakal tuh? dia masuk blog aku pon dia tinggal komen sama…

    ada ke si amir tu sakitkan hati dia ke, curi duit dia ke, rampas awek dia ke? yang buat dia benci dan dengki sangat kat amir?

    http://eins.jomphp.com/amir-raja-lawak.html

    hazrul7 jawap:
    Biarkanlah abenakal dengan komen dia tu einz. Itukan hak masing-masing. Tapi betul juga kan, aku rasa Amir tak buat apa-apa pun pada abenakal. Biasalah, dalam kehidupan ini ada orang yang sokong dan ada juga orang yang tak suka pada satu-satu perkara. Sekarang ni bukan lagi tepuk dada tanya selera, boleh jadi juga tepuk dada tanya iman. 🙂

  6. gomoman berkata:

    jange rusing amir… GomoMan akan backup demo
    GomoMan dah siap bertarung untuk demo dale episod Sambal Cuppu….

    hazrul7 jawap:
    Demo peminat fanatik Amir ke weh? Ganah demo, siap buat kartun 3D lagi. Pas tu upload dalam youtube pulak! Cantik sungguh, boleh lawan kartun Geng Upin & Ipin pas ni. 😀

  7. gomoman berkata:

    baru2 ini laman berita mStar telah memperlekehkan amir sbg calon raja lawak. sebagai tindakblas, superhero Malaysia, GomoMan telah tampil untuk mempertahankan Amir di dalam episod Jula Mokte di…

    hazrul7 jawap:
    tak kisahlah GomoMan, aku bagi kau laluan dan buat promosi kat dalam blog ni. Kepada yang belum menonton, sila klik link kat atas komen aku ni ok? I’m sorry… 🙂

Tinggalkan komen