Tun Dr Mahathir tidak sepatutnya menyertai UMNO semula

Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan penyertaannya semula dalam UMNO minggu hadapan. Ia turut diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula UMNO Bahagian Merbok.

Kenyataan tersebut telah diumumkan oleh Anggota Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong, dalam kawasan DUN Bukit Selambau semalam.

Ini bertepatan dengan kata-kata Tun Dr Mahathir sebelum ini, bahawa beliau akan menyertai UMNO semula apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Presiden UMNO. Pendirian ini jelas menunjukkan bahawa beliau menyokong kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga MT UMNO yang baru dipilih dalam PAU 2008 yang baru sahaja berakhir pada hujung bulan Mac 2009 yang lalu.

Tetapi, keputusan beliau juga boleh dianggap sebagai tidak tetap pendirian kerana pada satu ketika beliau seakan kecewa dengan isu politik wang yang melanda UMNO, kecewa dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada orang yang tidak disukai iaitu menantu kepada Pak Lah, Khairy Jamaluddin.

Jadi, apa rasionalnya Tun Dr Mahathir menyertai semula parti UMNO jika segelintir ahli dan pemimpin parti itu sendiri belum dibersihkan daripada masalah politik wang? Adakah Tun Dr Mahathir akan merasa gembira apabila masuk semula ke dalam UMNO? Adakah dengan penyertaan semula beliau dapat menghapuskan gejala yang semakin membarah itu? Tidak takutkah Tun Dr Mahathir bahawa diri beliau akan turut terpalit sama dalam kemelut yang melanda UMNO dan akan menjejaskan nama baik beliau sebagai seorang negarawan Malaysia yang disegani?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri Tun. Fikir-fikirkan sebelum tersilap membuat keputusan.

One Response to Tun Dr Mahathir tidak sepatutnya menyertai UMNO semula

  1. za3k berkata:

    Aku merasakan amatlah patut jika Tun Dr.m masuk kembali kedalam UMNO kerana dapat dilihat bahawa sekarang ini parti tersebut telah berada di dalam keadaan terumbang ambing. Seperti orng berkata ‘dengar cakap orang yang berpengalaman’. Pda zaman beliau sendiri, tiada seorang pun yang berani berkata-kata kerana sikap keterbukaan dan ketegasan beliau.

    Ini bukanlah menghasut. Tetapiluahan aku sendiri yang telah hidup di malaysia yang makmur selama 21 tahun.
    Aku telah merasa kemewahan semenjak celik mata kedunia ini. Pada pendapat aku, yang terlibat melakukan politik wang itu adalah bukan serang pejuang bangsa dan negara. Mereka boleh dikategorikan sebagai perosak negara. Dengan kehadiran beliau sendiri kedalam UMNO itu sedikit sebanyak dapat menegakkan jalan yang bengkang bengkok didalam parti itu sendiri.

    inilah cara pemikiran aku

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: