PPSMI: jika dasarnya hebat, tolong jawap soalan ini!

Mansuhkan PPSMI

Kain rentang Mansuhkan PPSMI, bantahan daripada Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

Saya memohon kepada sesiapa juga Ahli Parlimen daripada PR, tolong tanyakan soalan di bawah ini kepada Menteri Pelajaran berhubung isu PPSMI.

1. Pihak kementerian mengatakan bahawa peratusan pelajar lulus meningkat setiap tahun, berapakah markah lulus bagi matapelajaran Sains dan Matematik?.

2. Jika pihak kementerian mengatakan bahawa peratusan pelajar cemerlang meningkat setiap tahun, berapakah markah untuk para pelajar mendapat pangkat atau gred A?.

3. Berapa ramai pelajar (dalam bentuk statistik) yang menjawap kertas peperiksaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari tahun 2003 sehingga 2008?.

4. Jika dasar PPSMI benar-benar hebat, mengapa kertas soalan peperiksaan masih lagi menggunakan dwi bahasa?.

5. Berikan statisitik pelajar yang mendapat gred A di sekolah-sekolah selain daripada sekolah kluster, sekolah berasrama penuh dan MRSM di setiap negeri di Malaysia bagi 2 matapelajaran tersebut.

Sila berikan jawapan dengan tepat kerana kita sebagai rakyat Malaysia ingin tahu keberkesanan dasar PPSMI yang diperkenalkan sejak tahun 2003 yang lalu. Jika ia benar-benar berkesan, rakyat tidak akan membantah PPSMI ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: