PLUS tawarkan diskaun tol yang tidak praktikal

PLUS

Selepas diberi diskaun 10 peratus mulai 1 Januari, pengguna lebuh raya PLUS dan ELITE bagi Kelas 1 (kereta) akan menerima tambahan diskaun 10 peratus lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.

Diskaun tambahan yang menjadikan keseluruhan 20 peratus itu membabitkan penggunaan lebuh raya bagi tarikh 21, 22, 23, 26, 29 dan 30 Januari ini.

Pengarah Urusan PLUS Expressways, Noorizah Abd. Hamid dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, diskaun tersebut adalah bagi pengguna di luar waktu puncak iaitu yang memasuki lebuh raya antara 12:01 tengah malam sehingga 7 pagi.

Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan di laluan Jalan Duta-Ipoh Selatan yang selalunya membayar tol berjumlah RM26.50 akan mendapati amaun itu dikurangkan kepada RM23.80.

Namun jika perjalanan di luar waktu puncak itu dibuat pada tarikh sempena Tahun Baru Cina ini, pengguna akan mendapat diskaun tambahan 10 peratus lagi menjadi hanya RM21.40. Insentif itu bertujuan mengagihkan aliran trafik ke waktu di luar waktu puncak dan menjadikan perjalanan lebih selesa dan lancar.

Adakah tawaran diskaun tol ini praktikal? Hanya kerana ingin mengurangkan kesesakan di lebuh raya, pihak PLUS sanggup menggalakkan pengguna mereka memandu pada waktu tengah malam sehingga lewat pagi!

Waktu tersebut tidak sesuai kerana pemandu terdedah kepada situasi mengantuk dan kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah amat serius. Adakah pihak PLUS tidak memikirkan risiko ini? Jika terjadi kemalangan siapakah yang patut dipersalahkan? Pemandu terbabit atau pihak PLUS sendiri?

1 Responses to PLUS tawarkan diskaun tol yang tidak praktikal

  1. saiful berkata:

    Hmmmm…. Salah sapa ek?
    Sapa yg letak harga tol tinggi2?

    hazrul7 jawap:
    Siapa lagi, mereka dan keluarga mereka la. 🙂

Tinggalkan komen