Kenapa pautan Perisytiharan Harta Y.B. Exco Selangor masih belum boleh diakses?

Logo Perisytiharan Harta Y.B. EXCO Selangor yang terdapat di laman www.selangor.gov.my

Logo Perisytiharan Harta Y.B. EXCO Selangor yang terdapat di laman http://www.selangor.gov.my

Sehingga jam 5 petang ini, pautan ke Perisytiharan Harta Y.B. Exco Selangor masih belum dapat diakses oleh para pengunjung laman sesawang tersebut. Kelewatan ini pasti menjadi tanda tanya rakyat negeri Selangor khasnya dan orang ramai umumnya.

Apakah punca kelewatan ini berlaku? Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa semua maklumat tersebut boleh diakses pada hari ini. Ia selaras sengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua anggota Exco Selangor mengisytiharkan aset mereka secepat mungkin dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Tan Sri Khalid juga berkata menerusi pengisytiharan aset tersebut, ia dapat memelihara kewibawaan kerajaan negeri.

Tetapi bagaimana kerajaan PR ingin menyakinkan masyarakat luar dan juga pihak pembangkang di negeri Selangor jika perkara ini lewat diletakkan di laman sesawang rasmi kerajaan negeri Selangor?.

Diharap pihak-pihak yang terlibat dalam urusan memuat naik maklumat tersebut dapat bekerja dengan lebih pantas dan cekap agar perkara ini tidak dijadikan modal oleh pihak pembangkang negeri Selangor untuk menghentam pentadbiran kerajaan negeri.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: