Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan difailkan

Dato' Cecil Abraham

Dato' Cecil Abraham

Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Panel tiga hakim yang diketuai Dato’ Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Dato’ Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam UMNO, Dato’ Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua ADUN Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang). SIASAH

1 Responses to Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan difailkan

  1. tsalak berkata:

    “…Panel tiga hakim yang diketuai Dato’ Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini. …”

    Boleh Sdra namakan ahli-ahli lain hakim yang menggotai “Panel tiga hakim“?

    Sejauh mana yang lebar luar dilapurkan, hanya Ramly Mohd Ali yang mendengar rayuan ini. Kenyatan Sdra tidak betul!

    hazrul7 jawap:
    Terima kasih kerana menegur kesilapan saya. Memang tidak dinafikan bahawa hanya seorang hakim sahaja yang mendengar rayuan Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Inilah akibatnya apabila saya hanya membuat kerja “copy dan paste” ke dalam blog sendiri. Saya akui kesilapan diri tetapi kesilapan ini adalah daripada laman sesawang SIASAH kerana saya langsung tidak mengubah apa-apa berita yang dilaporkan.

    Moral: Jangan tiru bulat-bulat cerita yang dilaporkan. Kena guna kebijaksanaan sendiri juga. 😀

Tinggalkan komen