Syabas Datuk Lee Chong Wei!

Datuk Lee Chong Wei

Pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Chong Wei merekodkan gelaran kelimanya dalam Terbuka Malaysia apabila menundukkan pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan pada perlawanan akhir dengan kemenangan straight set 21-14, 21-13. Chong Wei yang juga juara bagi edisi 2004, 2005, 2006 dan 2008 hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan Sung Hwan buat kali kelapan daripada sembilan pertemuan.

Sebagai catatan rekod, Chong Wei turut menundukkan Sung Hwan bagi meraih kejuaraan Terbuka Malaysia pertamanya pada edisi 2004 selain pada Terbuka Switzerland dan Terbuka China tahun lepas.

Lima gelaran dalam tempoh enam tahun membuktikan Datuk Lee Chong Wei sememangnya kebal apabila beraksi di gelanggang sendiri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: