Yahudi guna 5F musnahkan umat Islam

12 Februari, 2009 1:26 PM

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka. Atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan. Syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka. Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam.

F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ‘Akhirat’, ‘Gubra’, ‘Mukhsin’, ‘Sepet’, ‘Anak Halal’, ‘KL Menjerit’ dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah ‘famili’ (keluarga)

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati Berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ini, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah ‘fesyen’

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah ‘fun’

Yahudi juga menjadi inspirasi kemusnahan hidup orang Islam, hingga mereka cipta program hiburan yang mengasyikkan, pada masa yang sama sebenarnya ia adalah racun kepada kehidupan beragama umat Islam, seperti memperbanyak program realiti hiburan keterlaluan yang umum mengetahui seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan bermacam-macam lagi yang bertujuan melahirkan individu muslim yang sentiasa berangan hendak menjadi popular, akhirnya hilang integriti sebagai umat Islam yang serius menyampaikan mesej Islam.

F kelima ialah ‘food’

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McDonald’s dan lain-lain.

Satu sumber menyebut bahawa tepung gandum yang diproses di Israel telah dicampur dengan satu bahan yang boleh memandulkan manusia, gandum berkenaan dieksport khusus ke negara-negara umat Islam supaya mereka mandul maka kuranglah jumlah orang Islam, pada masa yang sama kurang jugalah bilangan orang Islam yang mahu menyekat dan melawan mereka (Yahudi).

Sumber : akhbar Harakah, bil 1410, 26 Januari – 1 Februari 2009, muka surat F23.