Perdana Menteri Rakyat, slogan kedua Najib

Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai “Perdana Menteri Rakyat” yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

“Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat.”

“Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya.”

Itu di antara kata-kata yang diucapkan oleh beliau pada 14/05/2009 lepas. Ia merupakan slogan kedua yang diluahkan oleh Najib dalam tempoh 42 hari beliau menjadi PM Malaysia selepas mengangkat sumpah pada 03/04/2009 yang lalu.

Slogan pertama beliau, Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan masih belum lagi menampakkan hasilnya. Jika slogan pertama belum berjaya, apa rasionalnya slogan kedua diucapkan?

Rakyat ingin melihat hasil yang berjaya dilakarkan oleh PM yang baru ini. Kita tidak mahu banyak slogan diperkenalkan tetapi hasilnya tiada. Lebihkan bekerja dan kurangkan slogan. Rakyat tidak ingin slogan dinyatakan hanya tinggal slogan sahaja. Akhirnya, ia menjadi satu retorik yang tidak sampai ke mana.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: