Apa guna Najib dan Anwar berunding jika PR tidak boleh letak syarat?

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Jika syarat Pakatan Rakyat (PR) agar DUN Perak dibubarkan tidak diterima, apa lagi yang boleh dirundingkan mengenai krisis politik di negeri itu?

Adakah agendanya akan bertukar kepada pembentukan kerajaan campuran? Apakah BN akan membenarkan PR yang mempunyai bilangan ADUN seramai 28 orang untuk terus menjadi kerajaan negeri?

Sudah pasti kedua-dua belah pihak tidak akan bersetuju dengan perkara yang dinyatakan seperti di atas. Masing-masing akan mengakui bahawa mereka adalah pihak yang berhak untuk mentadbir dan menerajui kerajaan negeri Perak.

Oleh kerana ada pihak yang tidak ingin mengaku kalah dan mengambil sikap beralah, negeri Perak telah mencatat sejarah yang unik apabila ia mempunyai 2 buah kerajaan negeri, 2 orang Menteri Besar, 2 orang Speaker DUN, 2 pasukan Exco, 2 persidangan DUN tetapi ada 3 orang ADUN lompat!.😀

Menarik bukan?. Ini semua tidak akan berlaku jika DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya negeri yang baru diadakan. Najib pernah berkata bahawa dia ingin mendengar denyut nadi rakyat. Buatlah tinjuan dan dapatkan pandangan umum rakyat Perak, apakah yang mereka semua mahukan. Adakah mereka ingin DUN dibubarkan atau terus berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang tidak stabil?.

Satu Perak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: