Istana mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat : Idham Lim

Drs Khalil Idham Lim Abdullah

Drs Khalil Idham Lim Abdullah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata pihak istana bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kestabilan politik dan masa depan negeri Perak.

Dalam blog beliau melaporkan berkata semasa mengiringi Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah meluahkan hasrat Baginda untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

“Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tidak sah.

“Pada hakikatnya ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker. Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

“Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

“Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun. Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah,” kata Idham dalam blognya. Suara Keadilan Online

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: