Lima aktivis SAMM ditahan kerana sambut hari lahir Altantuya

Kek Hari Lahir Altantuya

Kek Hari Lahir Altantuya

Tiga orang ditahan di hadapan Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas cuba “menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu”, wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan “Selamat Hari Jadi Altantuya”. Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini.

Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu sewaktu kedua-duanya membawa makanan tengahari untuk tiga aktivis tersebut.

Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.

Sebagai membantah tindakan polis itu, Badrul Hisham membuat aduan terhadap Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid atas dakwaan “menahan mereka tanpa mengikut prosedur” dan “sengaja melengah-lengahkan siasatan” terhadap ketiga-tiganya.

Dihubungi Malaysiakini awal malam ini, Badrul Hisham berkata beliau difahamkan Sani, Saufi dan Yasir dimasukkan ke dalam lokap polis balai tersebut mulai jam 6 petang tadi. Beliau menjangkakan ketiga-tiganya akan bermalam di balai tersebut. Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: