Aktivis BERSIH ditahan reman kerana kempen 1Black Malaysia

Wong Chin Huat

Wong Chin Huat, jurucakap BERSIH.

Jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Wong Chin Huat ditahan reman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi siasatan bawah Akta Hasutan.

Wong ditahan malam tadi di rumahnya di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perdagangan untuk siasatan. Pengarah jabatan itu Dato’ Koh Hong Sun berkata Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen 1Black Malaysia.

Tindakan polis itu dipercayai berkaitan dengan kempen berbaju hitam esok, yang dijalankan oleh BERSIH sebagai tanda membantah persidangan DUN Perak yang dianggap NGO itu “tidak mengikut perlembagaan.”

BERSIH melancarkan kempen itu dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, pagi semalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: