V. Sivakumar utus surat kepada Sultan Azlan Shah mohon tangguh sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009

V. Sivakumar

V. Sivakumar

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar hari telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak untuk memohon perkenan mempertimbangkan supaya persidangan DUN Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan sendiri.

Beliau telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada hari ini. Surat tersebut telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Beliau juga telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan ditangguhkan.

Sivakumar membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah kerana kes Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Speaker DUN Perak itu berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Undangan Negeri diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah. Tambahan pula, beliau juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

Pada jangkaan beliau, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, Sivakumar telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.

Walaubagaimanapun, kes Zambry dan Nizar telah didengar di Mahkamah Tinggi pada jam 2 petang tadi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: