PRK DUN Penanti: Najib belum umumkan pendirian UMNO untuk bertanding

UMNO

UMNO

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sengaja melengah-lengahkan keputusan sama ada BN mahu bertanding atau tidak di pilihan raya kecil DUN N12 Penanti walaupun sudah bermesyuarat hari ini.

Biro Politik UMNO sudah selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan kedudukan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya bertanding pada 31 Mei 2009 ini.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu dipengerusikan oleh Presiden parti, di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan bagaimanapun berkata Najib yang juga Pengerusi Biro Politik akan membuat kenyataan media berhubung hasil keputusan mesyuarat tersebut.

Najib dijangka akan mengumumkannya sendiri. Beliau dijadualkan akan menghadiri jamuan makan malam bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di Kota Kinabalu dan berkemungkinan akan buat kenyataan di sana nanti.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: