Hubungan Dato’ Seri Nizar dan Sultan Azlan Shah tetap baik

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Sultan Azlan Shah

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Sultan Azlan Shah

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi menyangkal dakwaan kononnya beliau dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak bersikap derhaka terhadap Paduka Seri Sultan Perak.

Nizar berkata, mereka semua telah menghadiri majlis sambutan ulangtahun keputeraan Sultan yang ke 81 sejak pukul 8 pagi hingga jam 2.15 petang pada 19 April lalu di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Malah kesemua ADUN Pakatan Rakyat mendengar titah Sultan, beramah mesra dan makan bersama di dalam majlis tersebut termasuk kaum kerabat dan anakanda-anakanda Baginda.

Jika difikirkan secara rasional, mana mungkin seorang penderhaka diundang dan boleh duduk makan bersama-sama di dalam majlis Baginda Sultan. Jadi ungkapan derhaka yang dilemparkan kepada diri Dato’ Seri Nizar adalah tidak relevan dan tidak tepat sama sekali.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: