SPR: Tumpukan kepada isu pengundi hantu, undi pos dan dakwat kekal bukannya isu hadkan bilangan penyokong

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu ini.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak. Menurut beliau, makin lama makin ramai yang datang ketika hari penamaan calon dan hari pengundian.

Malah kehadiran ribuan penyokong juga menyebabkan kesesakan lalu lintas pada hari pengundian selain ‘perang mulut’ di kalangan peraih undi yang kebanyakannya merupakan orang luar. Kata Abdul Aziz, bilangan peraih undi yang ramai pada hari pengundian turut menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

Mengapa SPR sibuk memikirkan isu hadkan bilangan penyokong parti dalam pilihan raya pada masa akan datang?. Sedangkan isu pengundi hantu sehingga ke hari ini masih belum berjaya ditangani dengan baik dan sempurna?. Lebih baik SPR melakukan pembersihan menyeluruh dalam senarai daftar pemilih/pengundi secara berkala. Tindakan ini adalah lebih mulia agar pada masa akan datang tidak timbul lagi isu pengundi yang telah meninggal dunia, pengundi yang mempunyai alamat yang tidak lengkap, pengundi yang didaftarkan di satu alamat dalam jumlah yang ramai dan sebagainya dibenarkan menjadi pengundi yang sah dalam sesuatu pilihan raya.

Kedua, isu pengundi pos juga perlu dimansuhkan oleh SPR. Negara kita bukannya berada dalam keadaan darurat atau kecemasan. Sepatutnya anggota-anggota keselamatan dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada hari pembuangan undi. Pihak atasan ATM dan PDRM boleh beri kelonggaran kepada anggota mereka pada hari itu. Berhubung isu keselamatan, satu pelan pertukaran masa kerja secara berganti-ganti (rotation shift) boleh dirangka. Dalam isu berkaitan juga, setiap anggota keselamatan perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk memangkah calon daripada parti yang mereka sokong tanpa perlu risau akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mereka memangkah calon yang mewakili parti selain daripada kerajaan.

Ketiga, isu penggunaan dakwat kekal seharusnya telah digunakan oleh SPR sejak dahulu lagi. Bagi setiap orang yang sudah mengundi, dakwat kekal perlu dicat sama ada di ibu jari tangan atau kuku pengundi seperti di negara India untuk mengelakkan isu pengundi membuang undi lebih daripada satu kali. Tanpa tindakan seperti ini, pilihan raya akan terdedah kepada penyelewengan apabila seseorang boleh menggunakan identiti orang lain untuk memangkah kertas undi di beberapa tempat pengundian yang berlainan dalam sehari.

Oleh itu, cadangan SPR untuk mengehadkan bilangan penyokong-penyokong parti dalam pilihan raya yang akan diadakan pada masa akan datang tidak relevan kerana ia adalah perkara yang remeh. Jika ianya dilaksanakan, ini bermakna SPR cuba membunuh demokrasi negara dengan menghalang rakyat daripada berhimpun dan menyekat kebebasan bersuara. Rakyat harus diberikan hak-hak mereka sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan, manakala SPR pula perlu menjunjung tinggi amalan demokrasi, bersikap bebas, telus, amanah, adil, cekap dan berintegriti.

Jika SPR terlupa, biar aku mengingatkan slogan ini – Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ok?.đŸ˜€

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: