Cabar keputusan Speaker di mahkamah beri kesan buruk kepada pentadbiran negara

V Sivakumar

V Sivakumar

Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan memberi kesan buruk kepada pentadbiran negara.

Kesan buruk tersebut ialah berkaitan kepada persoalan pengasingan kuasa iaitu kuasa Speaker yang pada masa lalu tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah, kini sudah bertukar kepada boleh dicabar di mahkamah pula.

Kes tersebut sudah menjadi ‘kes utama’ kerana ia boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang dan ianya tidak mustahil akan berulang semula selepas ini. Sidang DUN itu sendiri kini sudah tidak bebas dan kuasa Speaker pula sudah boleh dicabar. Ini akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada jawatan Speaker.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara-negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut. Ia bermakna selepas ini di dalam Dewan Rakyat juga, sebarang tindakan yang dibuat oleh Speaker turut boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah.

Jika ada Ahli Parlimen yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas ini oleh Speaker Dewan Rakyat, maka Ahli Parlimen tersebut boleh mencabar tindakan Speaker di mahkamah. Sekiranya ia berlaku, bukankah ianya akan memalukan pentadbiran kerajaan Persekutuan di mata masyarakat dunia?.

Apakah reaksi kita apabila Malaysia menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa kerana Speaker diheret ke mahkamah kerana melakukan salah guna kuasa dengan menggantung Ahli Parlimen daripada menghadiri sidang Dewan?. Sudah tentu kita sebagai warganegara akan merasa malu bukan?. Mungkin ini konsep Satu Malaysia, suka dan duka sama-samalah rakyat menanggungnya!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: