Elizabeth Wong – isu penganiayaan atau isu moral?

Elizabeth Wong

Elizabeth Wong, ADUN N37 Bukit Lanjan, Selangor.

ADUN Bukit Lanjan dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong (Eli) telah kembali menjalankan tugas beliau bermula hari ini. Eli telah bercuti selama 2 bulan untuk menenangkan fikiran berikutan kontroversi yang melanda dirinya pada bulan Februari yang lalu.

Kepulangan semula Eli dalam saf Exco negeri Selangor pastinya mengundang cakap-cakap orang ramai. Ada segelintir orang yang menyokong tindakan beliau dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan keputusan Eli untuk menerima semula tawaran yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Tidak menjadi satu kesalahan apabila Eli bersetuju untuk menerima tawaran tersebut dan terus memegang kedua-dua jawatan yang telah beliau sandang sebelum ini. Beliau langsung tidak membuat kesalahan berkaitan moral. Ini kerana, gambar yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, ditangkap sewaktu beliau sedang nyenyak tidur. Adakah ia merupakan satu kesalahan yang besar?. Ianya lebih kepada isu menceroboh hak peribadi individu sahaja.

Jelas di sini, Eli menjadi mangsa penganiayaan sebenarnya. Gambar tersebut disebarkan untuk memalukan diri Eli di mata masyarakat. Ia juga bertujuan untuk menamatkan karier politik Eli kerana beliau dikenali sebagai seorang yang komited kepada tugas yang diamanahkan. Amat malang sekiranya seorang tokoh politik, seorang pejuang rakyat dan alam sekitar meletakkan jawatan hanya semata-mata menerima tekanan daripada satu isu yang boleh dianggap kecil.

Apabila Eli bersetuju untuk menerima kembali jawatan beliau, Eli dapat berkhidmat bukan sahaja kepada rakyat Bukit Lanjan khasnya, malah seluruh rakyat negeri Selangor amnya. Beliau dapat meneruskan kesinambungan tugas-tugas beliau yang terhenti buat seketika.

Berkaitan isu moral yang cuba dibangkitkan oleh segelintir masyarakat pula, Eli yang berstatus bujang bukannya melakukan hubungan seks sehingga dirakamkan dalam bentuk video. Orang yang pernah menjadi tajuk utama berita satu masa dahulu, masih lagi memegang jawatan politik malahan dia telah dipilih sebagai orang nombor 2 dalam partinya!. Jadi, peribadi siapakah yang lebih aib, Eli atau tokoh politik tersebut?.

Kepada Eli, usah risau tentang sokongan yang akan anda perolehi pada masa akan datang. Pasti ramai yang memberikan sokongan moral kepada anda dan percayalah anda akan tetap disayangi lebih-lebih lagi daipada pengundi-pengundi anda di DUN Bukit Lanjan. Rakan-rakan anda dalam Wanita PKR, barisan kepimpinan dan ahli-ahli dalam gabungan PR juga akan turut memberikan sokongan padu kepada diri anda.

Inilah asam garam hidup seorang ahli politik. Mereka tidak akan terlepas daripada apa jua dugaan. Akhir kata, selamat bertugas kembali YB Elizabeth Wong!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: