S Manikumar angkat sumpah jawatan Exco Kedah

S Manikumar angkat sumpah

ADUN Bukit Selambau, S Manikumar mengangkat sumpah jawatan Exco negeri Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 13 April 2009.

ADUN Bukit Selambau, S Manikumar yang baru saja memenangi kerusi DUN tersebut pada 7 April 2009 yang lalu, telah mengangkat sumpah sebagai anggota Exco kerajaan negeri Kedah semalam. Beliau yang berusia 35 tahun, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan. Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang telah meletakkan jawatan.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak, Speaker DUN, Dato’ Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksikan upacara angkat sumpah tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: