Sikap Dato’ Shahrir letak jawatan dipuji

Basir Ismail

Basir Ismail

Tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad meletakkan jawatannya sebagai Menteri kerana kekalahannya dalam perebutan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada persidangan parti itu baru-baru ini adalah satu tindakan wajar.

Setiausaha Agung Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA), Basir Ismail berkata, keputusan Shahrir itu dianggap sebagai tindakan seorang pemimpin politik berfikiran rasional.

Menurutnya, keputusan tersebut amat dialu-alukan, selain ia mengandungi suatu mesej tersirat kepada pemimpin lain tidak kira dari mana parti politik supaya mengutamakan soal maruah dan mengutamakan prinsip dari jawatan yang disandang.

“Tindakan tersebut bermoral tinggi sekaligus Shahrir mengotakan janjinya. Dia telah membuka lembaran baru dalam arena politik negara.

“Walaupun memegang jawatan tertinggi negara, dia tidak takut hilang jawatan semata-mata mengutamakan prinsip dirinya. Tindakan sebegini jarang berlaku dalam kepimpinan tertinggi negara ini apalagi dalam kalangan Menteri, katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, langkah yang diambil Shahrir sewajarnya menjadi iktibar kepada pemimpin lain supaya mengambil tindakan yang sama, walaupun jawatan Menteri atau Timbalan Menteri yang mereka sandang merupakan kejayaan sepanjang penglibatan dalam politik.

“Saya juga melihat tindakannya itu sebagai suatu ‘pendidikan moral politik’ kepada yang lain supaya meletakkan soal prinsip dan moral lebih tinggi dari jawatan yang disandang, apa lagi jika seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang menang ataupun kalah dalam MT UMNO terpalit dengan isu rasuah,” katanya.

Basir berkata, Shahrir seolah-olah tidak takut kehilangan habuan dan keistimewaan akibat melepaskan jawatan, seharusnya tindakan sebegini di pandang positif, walaupun pelantikan jawatan Menteri tidak mensyaratkan mesti sebagai seorang MT UMNO,” katanya.

Sementara itu, Basir berkata, jika diambil kira prinsip dan moral sebagai keutamaan kepada seseorang pemimpin tersebut, bermakna ramai kepimpinan negara dan UMNO ketika perebutan jawatan MT didakwa terlibat dalam rasuah politik.

Katanya, apapun, terserahlah kepada kepimpinan UMNO untuk membersihkan pemimpin dan partinya yang sudah tercalar imej berikutan tanggapan buruk rakyat terhadap kepimpinan sekaligus kembali dihormati serta dipercayai oleh rakyat.

“Sebagai badan NGO, PEMBELA berpendapat Menteri dan Timbalan Menteri yang kalah dalam pertandingan serta didakwa rasuah, disarankan mengikut jejak langkah Shahrir kerana ia melambangkan pertanggungjawaban mereka bukan sahaja kepada parti, bahkan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap akauntabiliti kerajaan,” katanya. Sinar Harian Edisi Utara

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: