Pakatan Rakyat Selangor harap Najib bawa perubahan

Ir Iskandar Abdul Samad

Ir Iskandar Abdul Samad.

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berharap pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak akan membawa perubahan baru kepada negara terutamanya dari segi ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Persekutuan yang baru ini perlu adil dan saksama dalam menyalurkan dana bantuan kepada seluruh negeri termasuk di bawah pentadbiran PR.

“Sebagai Perdana Menteri baru, Najib perlu berlaku adil dan sama-sama membina ekonomi di seluruh negeri supaya dapat keluar daripada kemelut ekonomi.

“Malah, beliau perlu bekerjasama membangunkan ekonomi tanpa mengira sama ada negeri itu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau tidak. Kita percaya jika Pakej Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan itu digunakan dengan sebaiknya, ia akan memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya harapan terhadap Najib yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam esok (hari ini).

Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor turut menggesa barisan Kabinet yang akan dilantik supaya benar-benar ‘bersih’ untuk memastikan Malaysia diterajui pemimpin yang berkaliber dan berkredibiliti.

“Kita berharap supaya barisan kepimpinan baru nanti akan lebih bersih supaya imej kepimpinan negara ini bebas daripada rasuah dan politik wang.

“Rombakan baru Kabinet nanti diharap dapat membariskan pemimpin berkaliber dan berwibawa agar dapat memimpin negara ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berharap media diberi kebebasan dan tidak dikongkong tanpa sebab munasabah.

“Kita berharap beliau (Najib) tidak akan menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mana media alternatif digantung dan disekat sesuka hati.

“Kita juga berharap beliau akan menambah jumlah anggota polis secara holistik untuk menangani masalah jenayah yang semakin meningkat,” katanya.

Suee Lim turut menggesa supaya Pakej Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan baru-baru ini disalurkan sepenuhnya.

“Ia perlu disalurkan tanpa ada sebarang ketirisan dan kita juga mahukan ia bukan omongan kosong yang sengaja dibuat oleh beliau (Najib) semata-mata untuk memenangi hati rakyat.

“Saya harap beliau akan berjaya dalam pentadbiran, membawa dasar baru, menyokong demokrasi, dapat mengekalkan keamanan di negara ini dan meningkatkan ekonomi,” katanya. Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: