Kabinet Najib perlu amal 5K – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kabinet baru kerajaan Malaysia yang bakal dibentuk Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi perlu mengamalkan 5K iaitu kebenaran, keadilan, kebajikan, kebebasan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan Perdana Menteri baru itu perlu memfokuskan bantuan kepada rakyat dengan mengagihkan keuntungan Petronas secara saksama.

Beliau berkata, masyarakat memang bergantung harapan pada kerajaan baru ini dan jika ia tidak dapat dipenuhi, rakyat akan terasa mereka dipinggirkan.

“Janganlah guna keuntungan itu hanya untuk menyelamatkan dua atau tiga syarikat sedangkan ia mampu membantu lebih daripada 2.7 juta rakyat Malaysia yang masih susah dan miskin,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai pembentukan Kabinet baru Malaysia berikutan peralihan kuasa daripada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib hari ini.

Ditanya pandangannya mengenai kepimpinan Abdullah selama lima tahun sebagai Perdana Menteri kelima, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata: “Rakyat Pulau Pinang perlu berbangga kerana Pak Lah merupakan anak jati pertama yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.”

Malah Guan Eng berpendapat, Pak Lah mempunyai budi pekerti yang baik, namun dari sikapnya yang terlalu ‘baik’ itu terdapat juga beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, telah terjadi.

“Dia penuh dengan nilai keikhlasan tetapi mungkin dikelilingi oleh orang yang tidak ikhlas terhadap perjuangannya,” katanya. Sinar Harian Edisi Utara

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: