Dato’ Shahrir Samad serah surat letak jawatan Menteri hari ini

Dato' Shahrir Abdul Samad

Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Shahrir Abdul Samad

Dato’ Shahrir Abdul Samad hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkuasa 8 April kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada mesyuarat Kabinet hari ini. Shahrir berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini selepas menghadiri mesyuarat itu.

Mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir dipengerusikan Abdullah, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Timbalannya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lepas. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: