Akhbar Suara Keamanan ganti Suara Keadilan sudah diterbitkan mulai 31 Mac 2009

Kubur BN

Tajuk muka hadapan akhbar Suara Keamanan edisi pertama yang boleh diperolehi mulai 31 Mac 2009 ialah 3 pilihanraya misi rakyat KUBUR BN.

PKR mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini.

PAS merancang menerbitkan Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu.

Pengganti Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya.

“Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut,” kata parti itu.

“Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.”

Tindakan menerbitkan akhbar baru ini membayangkan PKR mengendurkan pendiriannya minggu lalu yang menegaskan ingin mengabaikan larangan KDN tersebut.

Edisi pertama mingguan ini melaporkan tiga pilihanraya kecil – dua daripadanya disertai PKR – yang bermula Ahad lalu dengan tajuk besar “Kubur BN”.

Ia memuatkan foto muka depan calonnya di DUN Bukit Selambau, S Manikumar dan DUN Batang Ai, Jawah Gerang.

Ia juga menyiarkan foto-foto penamaan calon di Bukit Gantang yang ditanding oleh calon PAS Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Malaysiakini.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: