Demokrasi telah mati dalam MIC

Dato' M Muthupalaniappan

Bekas Naib Presiden MIC, Dato' M Muthupalaniappan

Bekas Naib Presiden MIC Dato’ M Muthupalaniappan, yang gagal dalam percubaannya semalam untuk bertanding jawatan tertinggi parti, mendakwa demokrasi telah mati dalam MIC.

Menurutnya, ini berdasarkan hakikat terdapat banyak pencalonannya dibatalkan. Muthupalaniappan mengemukakan 53 pencalonan bagi menyokong beliau untuk bertanding jawatan Presiden parti di ibu pejabat MIC pagi semalam. Sejumlah 48 daripada 53 pencalonan itu ditolak kerana tidak mematuhi perlembagaan dan undang-undang kecil pemilihan Presiden MIC.

Kesudahannya, beliau hanya mempunyai lima pencalonan yang sah berbanding penyandang jawatan Presiden Dato’ Seri S Samy Vellu iaitu 455.

Mengikut perlembagaan parti, seseorang yang berhasrat bertanding jawatan Ppresiden perlu memperoleh 50 pencalonan, dengan setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan lima penyokong, bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Muthupalaniappan mendakwa usahanya untuk bertanding jawatan Presiden tidak disenangi oleh Samy Vellu ‘sejak mula lagi’ kerana beliau (Samy Vellu) mahu memenangi jawatan tertinggi parti tanpa bertanding bagi menunjukkan kepada rakan MIC dalam Barisan Nasional (BN) bahawa beliau menguasai parti dan anggota parti mahukan pemimpin berusia 73 tahun itu sebagai Presiden.

“Dalam demokrasi sebenar, pertandingan mesti digalakkan dan bukan dipendamkan. Ini adalah peluang terakhir.

“Demokrasi sememangnya telah mati dalam MIC,” katanya kepada Bernama.

Muthupalaniappan turut mendakwa beliau diberikan hanya 65 borang pencalonan oleh ibu pejabat MIC manakala Samy Vellu pula diberikan lebih 550 borang.

Beliau berkata, menurut perlembagaan MIC, Pengerusi bahagian dan negeri menjadi Pegawai Pengurus dalam pemilihan Presiden.

Katanya mereka sepatutnya dilarang daripada membabitkan diri dalam sebarang tindakan melobi namun perkara itu tidak dilaksanakan. Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: