AMK bantah Najib jadi PM

Adakah kempen Say No To Najib yang diusahakan oleh AMK akan membuatkan Dato' Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan tertekan?

Angkatan Muda KeADILan (AMK) Selangor dan Wilayah Persekutuan melancarkan kempen Gerakan “Say No To Najib” sebagai mesej tidak setuju mereka terhadap pelantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang dijangka diumumkan bulan depan.

Pelancaran kempen ini disempurnakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersempena forum yang dijalankan AMK semalam dan dihadiri beberapa pemimpin tertinggi Parti KeADILan Rakyat (PKR) seperti Dato’ Jefry Kitingan dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkataan itu merupakan “tag line” mereka untuk menyemarakkan lagi semangat ahli AMK dan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan parti itu.

Menurutnya, perkataan tersebut akan disemarakkan dengan lebih lantang di ketiga-tiga kempen pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi malah akan turut diusulkan ke Parlimen.

“Kami mendapati pemilihan Najib sebagai Perdana Menteri merupakan keputusan yang salah kerana tidak pernah ada pemimpin sebelum ini yang bakal memegang jawatan tersebut mempunyai masalah sebanyak itu.

“Walaupun telah dituduh dengan pelbagai tuduhan, Najib masih terus mendiamkan diri dan tidak mencabar kembali tuduhan tersebut dengan serius seolah-olah beliau sememangnya bersalah terhadap semua pertuduhan itu,” katanya.

Kata Shamsul, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja secepat mungkin dan mengusulkan cadangan itu ke Parlimen di mana pada dasarnya ia telah dipersetujui beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

“Dalam pada itu, kami turut menghantar surat kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong perjuangan kami dan mengharapkan Najib tidak diberikan jawatan itu,” katanya.

Katanya, kempen gerakan ini tidak bermotifkan politik semata-mata kerana sebagai rakyat, kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi negara di negara datang dari kelompok bermasalah.

“Terdapat pemimpin UMNO yang menyokong tin-dakan kami ini dan akan menyerahkan segala dokumen yang boleh menjadi bukti kepada kami namun segala maklumat masih sulit.” katanya. Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: