Kedudukan Elizabeth Wong diketahui 25 Mac 2009

Elizabeth Wong

Elizabeth Wong, ADUN N37 Bukit Lanjan, Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan mengumumkan kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong pada Rabu ini.

“Keputusan saya akan beritahu selepas saya jumpa Exco,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perniagaan Selangor di sini, petang semalam.

Sebelum ini Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogelnya di internet.

Menyentuh mengenai projek pembersihan Sungai Klang yang menelan belanja RM50 bilion dalam masa 20 tahun, beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan pelan pengurusan projek ini dari April sehingga Mei sebelum melancarkan projek itu pada pertengahan tahun ini.

Projek ini akan melibatkan pemindahan setinggan dan kilang-kilang tanpa lesen bagi mengurangkan pencemaran di Sungai Klang dan diharap pemulihan sungai ini akan dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat Selangor, katanya. Abdul Khalid berkata, kesan daripada pembersihan itu, Sungai Klang bukan sahaja boleh digunakan untuk pengangkutan dan pusat rekreasi bahkan menaikkan nilai hartanah di sekitarnya.

Ketika ditanya mengenai kemajuan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor, beliau berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengenai pandangan kerajaan negeri terhadap bentuk penstrukturan semula industri air di Selangor termasuk kaedah pelaksanaannya dan terpulang kepada kementerian itu untuk menimbangkannya.

Abdul Khalid berkata, beliau yakin peluang kerajaan negeri kembali berunding dengan pemegang-pemegang konsesi air itu adalah cerah kerana di bawah konsep kerajaan Persekutuan sumber air adalah hak kerajaan negeri.

Sebelum ini dilaporkan ada antara para pemegang konsesi tidak begitu berminat untuk berunding dengan kerajaan negeri dengan alasan harga pengambilalihan aset dan hak konsesi mereka yang ditawarkan oleh kerajaan negeri adalah rendah.

Empat syarikat pemegang konsesi air di Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH).

Sumber berita : mStar Online

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: