Pakatan Rakyat Melaka desak Ali Rustam letak jawatan

Abdul Ghani Abdul Rahman

Abdul Ghani Abdul Rahman

Pakatan Rakyat negeri ini berharap Dato’ Seri Mohd Ali Rustam melepaskan jawatan selaku Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Baru.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Mohd Ali perlu melepaskan jawatan yang disandang sekarang berikutan malu memiliki seorang pemimpin yang mengamalkan politik wang.

Menurutnya, Lembaga Disiplin UMNO perlu melak-sanakan tanggungjawab secara telus tanpa berat sebelah ke mana-mana pihak.

“Harap lembaga ini benar-benar adil dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pemimpin UMNO dan sepatutnya selama parti ini memerintah, sudah tidak timbul lagi masalah sebegini.

“Semakin lama parti ini semakin gelap, semakin lama semakin banyak masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, timbalannya, Bakrin Sidek berkata, Mohd Ali perlu melepaskan kedua-dua jawatan berkenaan dan menganggap hukuman diterimanya membuktikan beliau sudah tidak layak menyandang jawatan terbabit.

“Ia adalah satu kesalahan besar yang menunjukkan beliau tidak berintegriti.

Setiausaha DAP, Khoo Poay Tiong, pula berkata, hukuman itu jelas menunjukkan UMNO tidak lagi menerima Mohd Ali daripada bertanding.

“Parti sendiri tidak menerima beliau, sepatutnya beliau perlu meletakkan jawatan.

“Namun, sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan, ini menunjukkan UMNO mementingkan parti dan mengorbankan hak rakyat Melaka,” katanya.

Berita asal : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: