GERAK lapor salah guna kuasa Rafidah Aziz kepada SPRM

Tan Sri Rafidah Aziz

Tan Sri Rafidah Aziz

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan kes penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, sebanyak lima pertuduhan dikemukakan dalam laporan terhadap bekas Menteri Kabinet itu dan berharap siasatan segera dapat dilakukan SPRM.

“Antaranya, kemungkinan wujud elemen rasuah membabitkan pembahagian peruntukan saham khas Bumiputera yang terletak di bawah bidang kuasa MITI yang pada asasnya diagihkan kepada pemilik ekuiti selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

“Namun, berdasarkan maklumat dan bukti dokumen yang kita ada, matlamat tersebut dikhuatiri tidak tercapai apabila ada orang perseorangan yang mempunyai hubung kait dengan beliau menerima agihan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Mohd Nazree, segala maklumat dan dokumen berkaitan dakwaan itu akan diserahkan bersama laporan SPRM termasuklah bukti yang mengaitkan Rafidah terlibat dalam beberapa siri mesyuarat berhubung pengagihan tersebut.

“Kita berharap SPRM akan menjalankan siasatan segera terhadap laporan ini,” katanya.

Mohd Nazree berkata, segala maklumat berhubung baki empat pertuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan lain akan didedahkan pada sidang media sejurus selepas laporan dibuat.

Katanya, laporan tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No.22 Kuasa-Kuasa Perlu Darurat 1070, Akta SPRM 2009.

Laporan Gerak terhadap Rafidah itu akan dibuat oleh Srikandi Gerak di Ibu Pejabat SPRM Selangor, di Plaza Massalam, di sini jam 3 petang tadi.

Berita asal : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: