Lembaga Disiplin UMNO amal ‘double standard’

Dato' Abu Hassan Shariff

Dato' Abu Hassan Shariff

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO menghalang Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO mendapat reaksi dari pelbagai pihak kerana ia tindakan yang mengejutkan melibatkan pimpinan tertinggi UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Dato’ Abu Hassan Shariff berkata, keputusan Lembaga Disiplin tersebut dianggap ‘double standard’ kerana hukuman tersebut tidak dikenakan kepada Khairy Jamaluddin yang menghadapi kesalahan yang sama.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah tidak wajar pada ketika ini kerana UMNO akan mengadakan pemilihan Majlis Tertinggi akhir bulan ini kerana dengan hukuman tersebut akan menambahkan tekanan dalam parti sendiri.

“Saya lihat tindakan tidak boleh memberi kebaikan kepada parti malah dengan tindakan sebegini ia sebenarnya boleh menjejaskan kepimpinan dan parti sendiri.

“Dengan hukuman tersebut ia boleh melemahkan parti terutamanya di peringkat bahagian yang menyokong dan memerlukan calon berkenaan.

“Sepatutnya, Khairy dikenakan hukuman yang sama dan bukan Mohd Ali sahaja patut terima hukuman ini. Seharusnya Lembaga Disiplin berlaku adil memberi hukuman sama kepada Khairy dan bukan keputusan yang berbeza-beza,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, kewujudan Lembaga Disiplin UMNO perlu dikaji semula peranan serta bidang kuasanya dan wajar dimansuhkan.

“Sepatutnya apa yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin tidak boleh mengatasi Majlis Tertinggi UMNO. Lembaga Disiplin perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Dengan tindakan itu, ia telah ‘membunuh’ karier seseorang pemimpin UMNO itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Abu Hassan berkata, politik wang adalah satu masalah yang perlu diberi justifikasi yang lebih tepat kerana isu tersebut bukan benda baru.

“Terma politik wang perlu diterjemahkan dengan betul. Mengambil contoh, jika seseorang pemimpin turun menemui dan membantu rakyat dengan memberi sumbangan, apakah itu bererti pemimpin tersebut mengamalkan konsep politik wang,” katanya.

Berita asal : Sinar Harian Edisi Utara

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: