Keputusan Lembaga Disiplin UMNO agak lewat

Dato' Azhar Ibrahim

Dato' Azhar Ibrahim

Lembaga Disiplin UMNO patut mengumumkan keputusan lebih awal mengenai larangan untuk bertanding sebarang jawatan kepada calon yang terlibat dalam politik wang.

Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato’ Azhar Ibrahim berkata, siasatan terhadap individu atau pemimpin UMNO yang disyaki terbabit dalam sogokan atau politik wang sudah dilakukan agak lama, tetapi kenapa keputusannya begitu lewat diumumkan.

“Saya simpati kepada Dato’ Seri Mohd Ali Rustam apabila Lembaga Disiplin membuat keputusan melarangnya bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.

“Keputusan itu patut diumumkan lebih awal dan bukan pada saat-saat akhir sebelum Perhimpunan Agung UMNO akan bermula. Kasihan kerana beliau sudah pergi ke merata tempat untuk berkempen tetapi akhirnya dilarang bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan kelmarin bahawa Mohd Ali yang juga Naib Presiden UMNO dan salah seorang calon ‘pilihan’ bagi jawatan itu bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara sama. Bagaimanapun calon Ketua Pemuda UMNO itu hanya dikenakan amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah atas dakwaan politik wang.

Sehubungan itu, Azhar berkata semua ahli perlu akur kepada keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin kerana mereka lebih arif dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik ketika siasatan atau perbicaraan diadakan, jadi kita tidak boleh mempersoalkan keputusan itu.

“Cuma kita sedih kerana keputusan itu tidak dikeluarkan lebih awal agar calon yang terlibat dengan politik wang tidak perlu bersusah payah ke sana ke sini untuk berkempen seperti yang terjadi sekarang ini,” katanya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, masalah politik wang dalam UMNO sudah sampai ke peringkat parah kerana tidak berjaya dibanteras sejak sekian lama.

Untuk itu, UMNO perlu menilai semula masalah yang berlaku agar ia tidak terus dipinggirkan oleh rakyat Malaysia kerana sudah hilang kepercayaan kepadanya.

“UMNO sebagai tonggak dalam kerajaan dan Barisan Nasional perlu menunjukkan contoh terbaik kepada orang lain untuk terus bertahan dalam arena politik tanah air,” katanya.

Beliau berkata keputusan Lembaga Disiplin UMNO juga melucukan dan menimbulkan tanda tanya.

“Adakah sesuai mengambil contoh kesalahan dalam politik wang seperti kesalahan membunuh. 10 tikaman tiada beza dan masih dianggap kes bunuh,” katanya.

Berita asal : Sinar Harian Edisi Utara

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: