AKIM letak calon di Perak dan Kedah

Hanafi Hamat

Presiden AKIM, Hanafi Hamat manakala gambar di bawah beliau ialah bendera parti AKIM

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bersedia meletakkan calon di dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah, pada 7 April ini.

Presidennya, Hanafi Hamat berkata, AKIM akan meletakkan calon anak tempatan di kawasan masing-masing dan senarai nama mereka akan diumumkan sehari sebelum penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 29 Mac ini.

“Kita ada senarai nama calon yang akan bertanding namun senarai terakhir hanya akan diputuskan dalam mesyuarat di peringkat jawatankuasa pusat parti.

“AKIM akan meletakkan calon di mana-mana pilihan raya kecil berlangsung kerana matlamat utama untuk membela nasib masyarakat Melayu,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, nama-nama calon terbabit akan diumumkan pada tarikh yang ditetapkan dengan ciri-ciri calon adalah orang tempatan, berkebolehan dan mampu mewakili masyarakat.

Katanya, bentuk kempen yang akan digunakan juga masih belum diputuskan tetapi mensasarkan pengundi atas pagar di kedua-dua kawasan.

Pada Januari lalu, calon AKIM Harun Mohamad menarik diri daripada bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Berita asal : Sinar Harian Edisi Kelantan

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: