Nizar nafi derhaka

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam berkata, beliau tidak pernah menderhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sebaliknya tuduhan itu sengaja dilemparkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka (UMNO) telah mengambil apa yang saya ucapkan di dalam istana dan menterjemahkannya secara literal untuk menimbulkan kekeliruan dan seterusnya menuduh saya sebagai menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak.

“Saya menggunakan bahasa istana sekadar untuk menyatakan kepada Sultan Perak bahawa saya tidak mampu untuk bersetuju dengan keputusan baginda pada ketika itu,” katanya pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Lawin, malam kelmarin.

Menurutnya, sebagai orang Melayu yang memegang teguh pada adat, beliau menggunakan bahasa yang cukup lembut dan bersopan untuk menyatakan pendiriannya kepada Sultan Perak, malangnya telah disalah anggap pihak tertentu.

Menurutnya, tidak pernah timbul langsung niat di hati untuk menderhaka kepada Sultan kerana beliau cukup menghormati dan menjunjung tinggi institusi raja dan sentiasa menggunakan bahasa paling lembut apabila berbicara dengan Sultan Perak.

“Bahasa istana bukan sejenis bahasa yang boleh diterjemahkan secara literal kerana ia penuh dengan bunga-bunga bahasa dan kiasan-kiasan tersendiri dan ia merupakan sebuah bahasa yang cukup indah dan lembut serta penuh kesopanan.

“Bahasa itulah yang saya gunakan untuk berbicara dengan Paduka Seri Sultan dengan menyatakan “Ampun Tuanku, Patik mohon sembah derhaka” dengan cara yang cukup lembut dan penuh bersopan semata-mata untuk menyatakan tentang saya tidak mampu untuk bersetuju,” katanya.

Beliau berkata, isu berkenaan sengaja digunakan oleh UMNO untuk mengelirukan dan membohongi rakyat demi untuk menutup kebenaran tentang kezaliman yang dilakukan dengan merampas kuasa kerajaan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut menyarankan agar rakyat negeri ini akan dapat menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan dengan sebaik-baiknya dan mencabar BN Perak agar membubarkan DUN dan menyerahkan kuasa pemilihan ke tangan rakyat melalui sistem pilihan raya.

Sinar Harian Edisi Perak

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: