Osman dan Jamaluddin tak laksanakan tugas – DS Nizar

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).

Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, adalah dua Exco yang tidak faham portfolio Exco dan tidak melaksanakan tugas masing-masing, kata Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada setiap kali Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK), Osman dan Jamaluddin lebih banyak berdiam diri, tidak melibatkan diri dalam perbincangan dan tidak membantu. Inilah dua Exco Melayu yang kita harapkan tetapi tidak membantu, kata beliau.

“Mereka berdua memegang pelbagai portfolio sebagai Exco tetapi sayang mereka tidak menjalankan tugas. Tiada satu dasar atau program dilaksanakan atas inisiatif mereka. Manakala dalam mesyuarat yang mereka hadiri, kedua-duanya juga dilaporkan tidak ada sumbangan ide.”

Oleh kerana itu, tuduhan kononnya keputusan dipengaruhi DAP adalah dangkal kerana setiap keputusan dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Exco. Namun Osman Jailu dan Jamaludin ini tidak aktif bersuara dalam mesyuarat tetapi lebih suka menghentam dan bersuara di luar mesyuarat.

“Saya cuma tidak mahu mendedahkan lebih banyak keburukan dan keaiban seseorang. Saya tahu apa yang Osman dan Jamaludin perolehi semasa menjadi Exco. Saya juga tahu latar belakang mereka berdua dengan baik.”

PerakDAILY.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: