Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang lebih layak jadi calon?

Ismail Safian

Ismail Safian, calon BN dalam pilihan raya kecil P059 Bukit Gantang, Perak pada 7 April 2009.

Pengumuman calon BN bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN negeri Perak hari ini. Beliau adalah bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian.

Beliau yang berusia 49 tahun merupakan bekas Ketua Penerangan dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada tiga DUN, iaitu Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Persoalannya, mengapa BN memilih bekas Ketua UMNO Bahagian tersebut berbanding Ketua UMNO Bahagian sekarang? Adakah Ketua UMNO Bukit Gantang sekarang mempunyai masalah daripada segi ketokohan, sifat kepimpinan atau tiada sokongan di peringkat akar umbi sehingga beliau tidak dipilih?.

Adakah sejarah PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008 yang lalu akan berulang semula? Pada ketika itu UMNO meletakkan Dato’ Arif Shah berbanding Ketua UMNO Bahagian untuk menentang Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sekarang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mungkinkah akan berlaku sabotaj atau undi protes yang akan dilakukan oleh ahli-ahli parti UMNO untuk memenangkan calon darpada parti pihak lawan? Semua itu berkemungkinan untuk terjadi dan tidak mustahil ianya akan berlaku. Sama-samalah kita tunggu perkembangan di Bukit Gantang mulai hari ini sehingga tarik PRK itu berlangsung pada 7 April 2009 nanti.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: