Perisytiharan Harta ADUN N30 Kinrara, Teresa Kok Suh Sim sudah dipaparkan di laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor setakat ini. Beliau merupakan Exco negeri Selangor yang pertama di mana maklumat berkenaan pendapatan dan harta-hartanya boleh diakses oleh pengunjung laman web tersebut.
Pendapatan peribadi beliau berjumlah RM32,830.67 sebulan merangkumi pendapatan sebagai Ahli Parlimen sebanyak RM6,508.59; imbuhan sebagai Ahli Parlimen pula ialah RM6,600.00 yang kesemuanya berjumlah RM13,108.59 manakala gaji sebagai Exco Selangor pula RM6,109.23 dan elaun-elaun lain sebanyak RM13,612.85
Beliau dipercayai mempunyai 2 buah rumah kerana perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM771.92 dan RM1,475.00 yang kesemuanya bernilai RM2,246.92 manakala cukai pendapatan yang perlu ADUN tersebut bayar ialah RM265.00
Maklumat-maklumat harta Exco Selangor yang lain pula akan dikemaskini daripada semasa ke semasa. Sama-samalah kita tunggu untuk mengetahuinya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor di atas ketelusan pentadbiran mereka!