Pertarungan sudah bermula – Anwar Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berada diluar mahkamah.

“Saya minta bicara, ini fitnah jahat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejurus pertuduhan meliwat bekas pembantunya, selesai dibacakan.

Pengakuan yang diberikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah di sini, semalam sekali gus merekodkan pengakuan serupa yang pernah diberikan Ketua Pembangkang itu ketika dihadapkan kali pertama di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah pada tahun lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan bermula 1 hingga 24 Julai ini setelah pihak pembelaan diketuai Sulaiman Abdullah meminta tarikh perbicaraan ditetapkan tidak terlalu awal memandangkan pihaknya masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memindahkan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi 5 Mac lalu.

Selain itu, Sulaiman memberitahu barisan pembelaan memerlukan masa untuk menerima dokumen lengkap termasuk barang-barang bukti daripada pihak pendakwaan ekoran dokumen yang diterima sebelum ini seperti rakaman percakapan, laporan DNA dan gambar tidak jelas.

Terdahulu, penetapan tarikh itu diputuskan setelah Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff yang mendengar bagi pihak hakim asal SM Komathy Suppiah kini sedang bercuti memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum itu, pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi dibantah Sulaiman atas alasan sijil pemindahan kes terbabit sepatutnya dikemukakan di hadapan Hakim Komathy kerana kes ini pada asalnya didengar oleh hakim berkenaan.

Bagaimanapun, ketua barisan pendakwaan Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden memaklumkan mahkamah berkenaan Komathy sedang bercuti. Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana mahkamah rendah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar hal berkenaan.

Hakim Rozana kemudian bersetuju dengan hujahan Mohd Yusof dan memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ekoran itu, Anwar, 62, didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan kerana akan memberi peluang kepada pihaknya membuat persediaan lebih rapi sebelum perbicaraan.

Katanya, ia juga akan memberi peluang kepada beliau untuk memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.

“Kita harapkan perbicaraan yang adil. Sikap badan kehakiman adalah yang paling penting buat kita dan saya lantang dalam perkara ini. Bagaimanapun saya boleh beri jaminan kepada kamu, pertarungan sudah bermula,” katanya.

Berita asal : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: