PPSMI: Rakyat bukan penjenayah, mengapa perlu ditembak dengan gas pemedih mata?

Demonstrasi PPSMI yang telah diadakan pada hari Sabtu, 07.03.2009 yang lalu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mendengar dan mengambil kira desakan daripada rakyat agar matapelajaran Sains dan Matematik terus diajar dalam bahasa Melayu.

Namun, apabila bantahan dan desakan daripada rakyat dipandang sepi oleh pihak kerajaan maka bermulalah penentangan secara besar-besaran di jalan raya menuju Istana Negara. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan, sama ada seorang Sasterawan Negara, bekas Ketua Pengarah DBP, pakar-pakar bahasa Melayu, pensyarah, siswazah, ibu bapa mahupun kanak-kanak sekolah semua sekali turut serta berdemonstrasi.

Apa yang menyedihkan, semasa ribuan rakyat berarak menuju Istana Negara, pihak FRU telah melepaskan beberapa gas pemedih mata untuk menyuraikan kemaraan rakyat. Suasana bertukar menjadi panik, ramai orang lari bertempiaran ke mana sahaja untuk menyelamatkan diri daripada asap putih yang keluar daripada bertin-tin canister.

Tindakan polis memang boleh dipersoalkan. Apakah rasionalnya gas pemedih mata ditembak ke arah sekumpulan orang ramai yang berarak sedangkan kesemua mereka bukannya merupakan penjenayah merbahaya? Adakah dengan mengiringi beberapa orang wakil GMP bagi menyerahkan memorandum kepada YDP Agong, rakyat boleh dianggap sebagai pengganas?

Pihak polis perlu bersikap neutral, tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan yang lebih penting mereka sepatutnya memberi kerjasama seperti mengawal ketenteraman awam sewaktu perarakan berlangsung dan juga mengawal aliran trafik di kedua-dua hala jalan raya. Tetapi sebaliknya mereka melakukan tindakan yang boleh dianggap provokasi dan telah menangkap beberapa orang anggota Unit Amal PAS pada hari tersebut.

Jika inilah gambaran yang terjadi di Malaysia, tidak mustahil rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka akan beranggapan bahawa pihak berkuasa mengikut telunjuk parti pemerintah untuk mempertahankan kelangsungan pemerintahan mereka. Jangan terkejut jika dalam PRU ke 13 nanti parti pemerintah akan mengalami kekalahan yang lebih besar daripada tsunami politik yang melanda Malaysia pada 08 Mac 2008 yang lalu.

Tetapi pihak parti kerajaan hampir pasti akan mengalami kekalahan di dalam PRK 2 bukit kerana isu ini akan digunakan oleh PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: