Malapetaka jika 70,000 warga Bangladesh dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja

Bernama TV jam 8 malam semalam melaporkan bahawa seramai 70,000 warga Bangladesh bersedia untuk memasuki Malaysia bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja asing di 3 buah sektor iaitu pembinaan, perladangan dan perkhidmatan.

Ini merupakan satu malapetaka bagi rakyat Malaysia khasnya dan juga ekonomi negara amnya. Di zaman kegawatan ekonomi yang melanda kebanyakan negara di seluruh dunia, nampaknya kebanjiran warga asing ke Malaysia seakan tidak terkawal.

Kemasukan mereka ke negara ini lebih membawa kesan buruk kepada masyarakat setempat. Kita khuatir jika mereka telah berjaya memasuki negara ini tetapi tidak memperolehi pekerjaan yang dijanjikan akibat ditipu oleh segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab, akhirnya mereka hanya akan merempat dan tidak ingin pulang ke kampung halaman mereka.

Ini adalah disebabkan, setiap seorang daripada mereka telah membelanjakan sebanyak RM 10,000 setiap seorang untuk menyediakan visa sebagai syarat untuk bekerja di Malaysia. Mereka perlu mendapatkan semula wang tersebut dalam bentuk gaji untuk dibayar kembali kepada ahli keluaraga, sanak saudara, rakan-rakan malah ceti juga!.

Untuk pulang semula ke kampung adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana mereka tidak mempunyai wang bukan sahaja untuk meneruskan kehidupan apatah lagi menyewa tempat tinggal yang selesa. Jalan paling mudah ialah mereka akan beramai-ramai tinggal di bawah jejantas berhampiran stesen Putra LRT Damai seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro dan juga pendedahan dalam rancangan 360 terbitan TV3.

Pihak kerajaan juga terpaksa menanggung mereka semua yang ditempatkan di kem tahanan pendatang asing dan perlu menghantar warga Bangla ini ke kampung asal mereka. Ini semua memerlukan peruntukan dana yang bukan sedikit daripada wang rakyat. Jalan terbaik, elok sahaja kemasukan pekerja asing ini dibekukan buat sementara waktu.

Diharap pihak kerajaan dapat memberikan keutamaan kepada rakyat warga Malaysia terlebih dahulu ketika krisis ekonomi melanda. Sila beri perhatian dan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat yang ditimpa musibah seperti dibuang kerja atau diberhentikan sementara untuk meneruskan kehidupan mereka ketika di zaman kegawatan ini.

Jika kerajaan PR Selangor begitu prihatin memberi bantuan sebanyak RM 3,000 melalui dana khas Lembaga Zakat Selangor dan menyediakan pangkalan data bantuan pekerja yang dibuang kerja, mengapa kerajaan Persekutuan tidak boleh melakukan tindakan yang serupa?.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: