Bina plak dan tanam pokok juga dianggap menderhaka?

Dakwaan Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir bahawa tindakan PR negeri Perak membina dan meletakkan batu tanda berupa plak dan menanam 5 batang pokok sebagai tanda memperingati sidang tergempar DUN di bawah pokok sebagai kemuncak penderhakaan kepada Sultan adalah tidak wajar.

Adakah beliau maksudkan bahawa setiap orang yang ingin menanam pokok perlu mendapat perkenan daripada Sultan terlebih dahulu? Jika itulah yang beliau maksudkan, sesiapa yang berhasrat menanam pokok durian, rambutan, mangga, pokok bunga dan lain-lain lagi selepas ini sama ada di perkarangan rumah, kebun atau ladang perlu memohon keizinan terlebih dahulu.

Usaha menanam pokok adalah satu tindakan yang murni bertujuan untuk menghijaukan kawasan persekitaran dan juga menyahut seruan di peringkat global untuk menghijaukan bumi. Tetapi jika usaha ini dianggap menderhaka, rakyat yang tidak menyokong BN tidak boleh menanam pokok sesuka hati mereka di Malaysialah ya?.

Begitu juga dalam hal membina plak. Selepas ini apabila plak ingin diletakkan di dewan serbaguna, balai raya, surau, masjid, bangunan dan sebagainya juga perlu mendapat perkenan daripada Sultan lebih awal jugalah ya?. Wah! Ini sudah menjadi seperti satu arahan baru daripada kerajaan di bawah pemerintahan Dato’ Dr Zambry agaknya?.

Pelik, pelik dunia politik di Malaysia ini. Lepas ini lebih baik jika satu arahan dikeluarkan kepada seluruh rakyat Malaysia seperti di bawah ini. Kepada sesiapa yang bukan ahli atau penyokong parti-parti komponen BN, anda dilarang sama sekali untuk membina plak dan menanam pokok sesuka hati tanpa mendapat perkenan daripada DYMM YDP Agong terlebih dahulu. Hanya mereka yang menyokong perjuangan BN sahaja yang boleh buat begitu di Malaysia.

Tidak ke lawak bunyinya jika perkara tersebut benar-benar diwartakan dan berlaku di Malaysia? Maka ramailah penduduk dunia akan mentertawakan negara kita Malaysia. Jangan lupa setiap perkara yang berlaku hari ini, dunia luar memerhatikan tindakan kita semua. Jangan biarkan kita dipandang rendah oleh masyarakat dunia akibat tindakan yang kurang waras walaupun kita berpegang teguh kepada slogan Malaysia Boleh. Malaysia Boleh, semua perkara pun boleh berlaku dalam negara ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: