Tindakan ala samseng malukan bangsa, agama

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa kecewa dengan sikap polis yang membiarkan sekumpulan 30 lelaki dipercayai penyokong sebuah parti membuat provokasi semasa persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di hadapan Bangunan SUK Perak.

Kumpulan terbabit melakukan tindakan ala samseng bagi menghalang persidangan tergempar DUN Perak.

Menurutnya, mereka mengeluarkan kata-kata kesat, makian dan lucah. Melakukan tindakan kasar dan ganas ala samseng membuat provokasi supaya berlaku pergaduhan dan kekecohan.

Mujahid berkata, mereka berbuat semua itu di hadapan polis, tetapi pihak polis tidak ambil apa-apa tindakan.

Menurutnya, beliau berbangga dengan kesabaran pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang tidak bertindak balas walaupun dikasari, dihina dan dikeji kumpulan ala samseng berkenaan.

Mujahid berkata, kumpulan ala samseng itu memalukan Melayu dan agama Islam kerana tindakan mereka tidak beradab, keji dan tidak mencerminkan adap kesopanan Melayu di hadapan kaum lain.

Semasa kejadian itu, Mujahid menemui kumpulan berkenaan berbincang dan meminta mereka tidak membuat provokasi.

“Sebagai Ahli Parlimen beragama Islam, saya menemui mereka yang sebangsa dengan saya.

“Saya berbincang secara baik dengan mereka dan meminta mereka tidak lagi melakukan provokasi,” katanya.

Mujahid melahirkan rasa musykil dengan sikap polis yang membiarkan tindakan ala samseng ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang.

Berita asal : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: