Halang sidang DUN, SPRM diminta siasat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mendesak supaya siasatan segera dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Salman Saleh mendakwa, berlaku penyalahgunaan kuasa ketika sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Selasa lalu dan ia telah dilakukan Ketua Polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

“Sekatan dan halangan telah dilakukan Ketua Polis Perak dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari menghadiri sidang yang telah dipanggil oleh Speaker.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Perak juga telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengeluarkan surat perintah menutup kawasan tempat berlangsungnya sidang DUN itu,” katanya.

Katanya, Penasihat Undang-undang juga dilihat menafikan kuasa Speaker dengan mengingkari permintaan V Sivakumar untuk tujuan sidang yang menyebabkan campur tangan pihak tertentu.

“Kita melihat semua mereka yang terlibat seolah-olah menerima arahan daripada pihak tertentu bagi menafikan hak Speaker untuk mengadakan sidang DUN,” katanya.

Menurut Salman, pihaknya meminta supaya SPRM melihat kepada bidang kuasa yang telah disalahgunakan dengan tujuan bagi menggagalkan peruntukan aturan dan undang-undang sidang DUN itu.

Dewan Pemuda kata beliau, yakin pencabulan dan penyalahgunaan kuasa akibat tindakan mereka yang berlaku pada 03.03.2009, sebagai usaha pelanggaran krisis perlembagaan yang ketara dan telah membunuh demokrasi negara.

Berita asal : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: