PRK di 3 tempat dijalankan serentak pada 7 April

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihan raya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Dalam pengumuman Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihan raya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.

Pilihan raya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato’ Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: