Najib perlu bersih sebelum jadi PM

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) Sallehin Mukhyi berkata, pihaknya menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan berkenaan kerana sebagai Perdana Menteri, seseorang itu perlu mempunyai kredibiliti sebelum menjawat jawatan berkenaan.

“Sama ada Pak Lah berundur atau tidak, yang pasti penggantinya bukanlah Najib kerana sebelum ini beliau (Najib) pernah dikaitkan dengan kes Altantuya walaupun pernah bersumpah tetapi biar mahkamah membuat keputusannya dahulu sebelum berlakunya peralihan kuasa berkenaan.

“Masyarakat hilang kepercayaan dan beliau (Najib) perlu membina semula kredibilitinya sebelum menjawat jawatan itu,” katanya.

Menurutnya, pandangan Musyidul Am PAS itu perlu diteliti supaya pengganti Perdana Menteri tidak terlibat dalam mana-mana skandal.

“Itu kehendak beliau (Nik Abdul Aziz) yang inginkan bakal Perdana Menteri nanti ‘bersih’ daripada segala-galanya. Jadi, biar kes itu selesai dahulu barulah ada peralihan kuasa tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, cadangan itu pandangan peribadi beliau (Nik Abdul Aziz).

“Apa pun, jika hendak jadi Perdana Menteri, beliau (Najib) perlu ‘bersih’ daripada segala-galanya dan mempunyai kredibiliti yang sepatutnya untuk menjawat jawatan orang nombor satu negara kerana ia akan sedikit sebanyak menjejaskan imej negara,” katanya.

Sumber berita : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: