Jangan undur selagi kes belum selesai

Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diselesaikan terlebih dahulu sebelum jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, selagi kes itu tidak diselesaikan, selagi itulah Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh berundur daripada jawatan Perdana Menteri atau menyerahkannya kepada Najib.

“Biar kes yang berlaku di mahkamah ini diselesaikan dahulu sebelum kuasa diserahkan kepada Najib. Selagi tak selesai dan siapa pembunuh Altantuya… saya sebagai rakyat tidak senang hati kerana ia melibatkan bom dan juga Kementerian Pertahanan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan Abdullah untuk menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya, Najib selepas pemilihan UMNO lewat bulan ini.

Terdahulu beliau menyampaikan Kod Malaysia Untuk Tadbir Korporat kepada pengerusi-pengerusi syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Hadir sama, Ketua Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah.

Nik Abdul Aziz berkata, bahan letupan yang digunakan dalam kes pembunuhan Altantuya itu adalah sesuatu yang berada di bawah pengawasan yang ketat dan kebetulan ketika itu ia berada di bawah Kementerian Pertahanan yang ketika itu dipegang Najib.

Sementera itu pada majlis yang sama, Nik Aziz berkata PAS bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 akan datang.

Beliau berkata, PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

“Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama.

“Tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap muktamar ke-55 itu akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana PAS baru sahaja bertapak.

Sumber berita : Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: